Saturday, December 15, 2007

CUTI-CUTI KONVOI PANTAI TIMUR 22 Nov to 26 Nov

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana sekali lagi percutian keluarga KONVOI PANTAI TIMUR terealisasi. Dengan 4 buah kenderaan & 1 MPV kami bertolak lebih kurang 8.00 malam & berhenti rehat & makan malam di Hentian Mersing. Nasi goreng kampung betul-betul menarik, ringkas & sedap & servis yang bagus.
Dengan pecutan Altis & siri potong memotong yang cukup ekstrim di jalan Mersing, Endau Rompin, terpaksa lah Accord, naza Ria, V6 & Vios turut serta dalam cabaran F1.. dan kami sampai seawal 5 pagi di Masjid Terapung Terengganu. Solat Subuh & rehat sebentar kami mengisi perut yang yang dah kosong semula dengan sarapan nasi dagang..sarapan pagi wajib di Terengganu.

Malangnya kami tak boleh Check-in awal di Batu Buruk Beach Resort kerana ramai pengunjung.. maka terpaksalah kami lepaking di pantai batu Buruk sementara menanti waktu nak check-in. nasib baik ada A&W, bleh lah budak2 & mak serta bapak budak lepak2 makan2 & bermain-main.


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba... kami semua tak sabar nak masuk Hotel, mandi & rehat. Sementara menantikan pak Long & treasurer mak ndak membuat urusan check-in kanak-kanak riang ria telah membuat pelbagai aksi lagak ngeri di Lobby hotel...

Sebenarnya waktu petang ada pertandingan BOLA SEPAK PANTAI di antara BAPAK2 SEDARA melawan ANAK2 SEDARA. Malangnya battery camera administrator kong.. walaubagaimanapun gambar2 tersebut telah berjaya dirakamkan oleh mak otek... insya Allah akan di publish sebab tak tahan tengok bapak2 sedara yang main NGELAT & PANCIT.. he he he.. anyway congrats kepada pasukan BAPAK SEDARA yang memenangi pertandingan tersebut.
Malam kami dinner bersama-sama & berjalan2 di pantai.

Selain berjalan-jalan di pantai (kumpulan bapaksedara & mak sedara berendut tepi pantai), kumpulan ANAK2 SEDARA telah menghabiskan waktu terluang diorang dengan aktiviti swimming & bermain snooker.

Keesokkan hari nya kami setelah bersarapan ala-ala buffet di resort, kami berkonvoi ke Kota Bharu. Menziarahi restoren kawan administrator, aku ler tu yang dah resign daripada jadi Software engineer( both husband & wife) mengusahakan restoren "Sizzling House" depan Hospital Kubang Krian. Makanan sedap & murah cuma service lambat sikit...Anyway kami doakan Liz & Affan menjadi usahawan melayu yang berjaya ya.. jangan lupa di Franchisekan!

Lepas makan kami ke PASAR SITI KHATIJAH ke WAN KHATIJAH eikkk... aku pun dah kompius.. SHOPPING......... MAAF TIADA GAMBAR.... administrator & ahli rombongan terlalu leka bershopping. muakeke.. kepada BAPAK2 SEDARA diharap dapat bersabar dengan kerambangan mata MAK-MAK SEDARA. Acara wajib seterusnya mestilah makan... tapi malangnya kami terberenti kat satu warung yang teramat amat sengal bebbbbbb!.. Dekat 2 jam baru dapat makan... malas nak komen panjang2. Dek kesengalan warung tu sempat gak mak ndak & pak ndak gie menghilang jap cari kek untuk ettiper pak long.
& sekali lagi kami merancang surprise parti untuk ettiper pak long... seperti tahun - tahun sudah..Umur dirahsiakan he he he...
To our beloved brother, Abg nor a.k.a Pak Long;
BRIGHT, REMARKABLE, OUSTANDING, TERRIFIC, HELPFUL, EXCEPTIONAL, REALIABLE who has Everything... May love & Happiness be with you... all the way!!
Love;
Brothers, sisters, nephews & nieces..
Not forgetting, thank you... spoting menyanyi for us that nite.
sepanjang party kelihatan 2 team bola yang poyo memepertahankan kehebatan masing2.. Man-U Vs Liverpool.

Party berakhir at 1 am.. semua balik Hotel & tidurrr...... zzzzzzzz penat.

Next day.. Jom jalan-jalan segala-galanya ada di Malaysia. Kami ke muzium.

The happy faces. (Sorry administrator dah letih)



Tertinggal gambor buffet.. Till then.. hope enjoy! & berjumpa lagi kita di tahun akan datang jeng jeng jeng.... TRIP ke BALI... yahoooooooo!!!!!!!!

Sunday, November 4, 2007

Konvoi ke Kuala Lumpur

3 & 4 Nov 07, kami semua ke Kuala Lumpur & Melaka menziarahi cik yusak, cik azis, cik yak & pak Ngah. Berehat & tidur di rumah abang yid di Beranang. Berkonvoi seawal 8 pagi kami berkereta ke rumah cik yusak terlebih dahulu. Di Melaka bersama Pak Ngah. Mak Ngah menyediakan makan tengahari untuk kami semua. Gambar-gambar tak banyak dirakamkan kerana semua keletihan setelah beraya. :)
Di KL, rumah pertama kami ke Gombak. Berhari Raya di rumah Cik Yusak. Dihidangkan dengan Nasi beriani berserta kambing, Laksa Johor & Cendol benar-benar membuka selera. kesian abg man tak dapat join... anyway tahun depan ada lagi..

Seterusnya ke rumah Cik Yak. Gamat dengan keletah mak Ndak & Cik Gita yang kepoh. Sphagetti Bolognese, lemang, rendang & keropok lekor licin kami belasah.




Seterusnya kami ke Klang. Dek kerana perayaan deepavali yang hampir, jalan-jalan banyak ditutup & massive traffic membuatkan kami sesat. Qistina, Anas & iskandar ashraf dah start mengamuk kerana keletihan. Akhirnya kami sampai maghrib dirumah cik Azis & Cik Simah. Makan lagi.. :) seronok nie raya makan.


Selesai di Klang kami terus ke Beranang & melepak-lepak dirumah abg yid & tidurrrrrr... ssssss letih beb. Ayob & nazli sampai pukul 12 lebih daripada JB.. ada satu citer yang tak boleh lupa mebuatkan semua orang guling-guling pecah perut.. gara-gara abg sham yang salah mendengar arahan , licin rumah mak leha semua perabut kena buang. Macam citer Kassim baba, nasib baik ler lampu tu panas.. kalau tak lcin gak dengan ,mentol-mentol rumah mak leha. Terima Kasih untuk abang yid & Kak Azi for the foods & hospitality. Next time kami datang lagi.


Maaf atas kekurangan update kerana administrator amat-amat busy.. jumpa lagi Konvoi cuti-cuti Malaysia ke Pantai Timur.. :)








Hari Raya 2007

Hari Raya 2007 meriah lagi dengan aktiviti Konvoi & masak bersama-sama. Kenangan Hari raya dirakamkan untuk ingatan berterusan.









Ramadhan kareem

Ramadhan kali ini seperti tahun-tahun sudah. Berbuka puasa & solat berjamaah bersama-sama mengeratkan ukhuwah & silaturahim adik beradik. Moga berjumpa dipanjangkan lagi usia pada Ramdhan akan datang.





Saturday, July 7, 2007

7.07.07 Gathering

7.07.07 is the day where I plan to have a gathering again with the family. It has been quite sometime we do not sit & relax together while enjoying the food. This is another occasion where I had belanja the whole family for my promotion from normal UTC to Mutual Agency Supervisor. Last 2 years, we had makan2 at Damai Seafood reastaurant. At that time, I was promoted to Engineer 1. So guys, pray hard that I will get another promotion, insya Allah I'll belanja again, murah rezeki. Beside the promotion, it is my birthday, Pak Teh & Mak Teh birthday and nadia's birthday.
I had ordered plain rice, butter prawn, tom yam, beef & chicken satay, sotong goreng tepung, siakap stim, kerabu mangga, kerang bakar, pari bakar, tauhu jepun. The service is consider moderate. Overall was fine.. everybody were satisfied.

Lastly, we closed the gathering with upacara memotong kek. & I got the hadiah yea yea.. bestnyer.. Couldn't wait for next gathering.. in August is Kak Ija's birthday.. c u there!


Wednesday, May 2, 2007

Ettiper Mak Ngah, Yul & Anis

ettiper to you mak ngah, dearest amirul & Anis. Semoga dipanjangkan & umur dimurahkan rezeki. Thanks to pak long coz belanja kitorang.. sedap betul 51 pcs ayam licin. Ada rezeki lagi belanja buffet plak he he he..anyway overall it was really great..meeting up with all the family. wish our family will always close and gather2 sampai bila2.

Sunday, April 29, 2007

Mak Lang ETTIPE to you


Makan lagi! Jalan Jalan cari makan!..Ha ha ha our family is great! bila jumpa mesti makan..To Pak Uda & family, u guys should move to JB lah..we always had great time gather2 wif the rest of family members. This time, we celebrate mak lang's ettipe..we wish you had a great life ahead & Allah will alwiz bless u & family. & Next...is mak ngah & Anis besday.. Did I miss anyone besday here? Pak Cu ..cian heard from mak ndak that u had your semester exam..Good Luck Captain! wish u get Excellent result.. this sem Dean List ok??? :))